Bangunan Maktab Rendah Sains MARA Dungun

Sekolah Berasrama Penuh · Aliran Sains

Maktab Rendah
Sains MARA Dungun

Nurturing Excellence, Building Potentials Memupuk Kecemerlangan, Membina Potensi

Skrol ke bawah

Tentang Kami

Sejarah Penubuhan

Projek yang bermula pada 29 Mac 2021 dan siap sepenuhnya pada 13 November 2025 ini menjadikan MRSM Dungun sebagai MRSM ke-58 di seluruh negara. Pembinaan MRSM terbaharu ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memantapkan pendidikan berteraskan sains, teknologi dan inovasi, selain menjadi mercu tanda baharu kecemerlangan pendidikan di Terengganu.

Program pendidikan yang ditawarkan di sini adalah Program Premier, merupakan pelaburan strategik MARA dalam pembangunan bakat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi melahirkan modal insan berdaya saing selaras dengan keperluan masa hadapan negara.

Selain memperhebatkan ekosistem pendidikan, projek ini turut memberi impak positif kepada komuniti setempat melalui peluang pekerjaan sepanjang fasa pembinaan serta merancakkan aktiviti ekonomi di sekitar Dungun.

MARA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Terengganu atas kerjasama, komitmen serta dedikasi dalam merealisasikan pembinaan MRSM Dungun yang moden, berkualiti dan kondusif sebagai institusi pendidikan yang mampu melahirkan generasi cemerlang pada masa hadapan.
Ke-58
MRSM di seluruh negara
43.62
Ekar keluasan tapak
750
Kapasiti pelajar
295
Pengambilan pelajar pertama
2021
Mula pembinaan · 29 Mac
2025
Siap sepenuhnya · 13 Nov

Infrastruktur Awal

Kediaman Staf
Bangunan Akademik
Asrama Pelajar
Dewan Selera
Makmal Sains
Surau
Kemudahan Sukan
21

Guru dan Kakitangan Terawal

MRSM Dungun memulakan langkah pertama dengan semangat yang tinggi apabila 21 orang guru dan staf terawal hadir melapor diri, menjadi perintis yang membina asas kecemerlangan institusi ini.

Pentadbiran

Barisan Kepimpinan

AN
Haji Ahmad Naszeri bin Salleh
Pengetua
RY
Rusmalia binti Yusof
Timbalan Pengetua
Kecemerlangan Akademik
MH
Mohd Hanafi bin Ahmad Kamal
Timbalan Pengetua
Pembangunan Pelajar
MA
Mohamad Azli bin Mohamad Alip
Timbalan Pengetua
Pembangunan Bakat
MH
Mohd Hazlan bin Abdul Hamid
Penolong Pegawai Tadbir Kanan

Akademik

Jabatan Pengajian

Empat jabatan akademik menyokong Program Premier MRSM Dungun, membina asas ilmu yang seimbang antara sains, pemikiran analitikal, bahasa dan kefahaman sosial.

Jabatan 01
Jabatan Bahasa
Menyokong penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta kemahiran komunikasi pelajar.
Raizizon bin RujunaidiKetua Jabatan
Jabatan 02
Jabatan Sains
Meliputi Fizik, Kimia dan Biologi — teras Program Premier berasaskan STEM.
Mohd Norhafeez bin JusohKetua Jabatan
Jabatan 03
Jabatan Matematik
Membina pemikiran analitikal dan logik melalui Matematik dan Matematik Tambahan.
Ilyana binti GhazaliKetua Jabatan
Jabatan 04
Jabatan Sains Sosial
Memperkukuh kefahaman sejarah, budaya dan nilai murni dalam kalangan pelajar.
Mohd Fezali bin BainKetua Jabatan

Hubungi Kami

Mari Berhubung

© 2026 Maktab Rendah Sains MARA Dungun. Hak cipta terpelihara.