Sekolah Berasrama Penuh · Aliran Sains
Nurturing Excellence, Building Potentials Memupuk Kecemerlangan, Membina Potensi
Tentang Kami
Projek yang bermula pada 29 Mac 2021 dan siap sepenuhnya pada 13 November 2025 ini menjadikan MRSM Dungun sebagai MRSM ke-58 di seluruh negara. Pembinaan MRSM terbaharu ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memantapkan pendidikan berteraskan sains, teknologi dan inovasi, selain menjadi mercu tanda baharu kecemerlangan pendidikan di Terengganu.
Program pendidikan yang ditawarkan di sini adalah Program Premier, merupakan pelaburan strategik MARA dalam pembangunan bakat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi melahirkan modal insan berdaya saing selaras dengan keperluan masa hadapan negara.
Selain memperhebatkan ekosistem pendidikan, projek ini turut memberi impak positif kepada komuniti setempat melalui peluang pekerjaan sepanjang fasa pembinaan serta merancakkan aktiviti ekonomi di sekitar Dungun.
Infrastruktur Awal
Guru dan Kakitangan Terawal
MRSM Dungun memulakan langkah pertama dengan semangat yang tinggi apabila 21 orang guru dan staf terawal hadir melapor diri, menjadi perintis yang membina asas kecemerlangan institusi ini.
Pentadbiran
Akademik
Empat jabatan akademik menyokong Program Premier MRSM Dungun, membina asas ilmu yang seimbang antara sains, pemikiran analitikal, bahasa dan kefahaman sosial.
Hubungi Kami